Dear Haariz,
mama nak mintak maaf bebanyak..
Sian mama tengok Haariz kena dukung masuk lam keta kul 5 pagi.
Sian mama tengok Haariz takut naik Van penuh ngan strangers.
Sian mama tengok Haariz kena jemur bawah matahari.
Syahdu mama tengok Haariz nangis teresak2.. kena dukung ngan orang yg Haariz tak kenal.
Lepas ni, kita stop la kejap (mama nak ambik cuti satu tahun for Haariz) activity casting & modeling ni. Biar la orang tanya "kenapa tak masuk iklan?" berjuta2 kali, janji mama tak seksa anak mama cam semalam.. :( Lepas Haariz dah cukup besar & faham nanti.. kita start la balik part time job ni ye..
5.10 am - drive ke kota damansara
5.35 am - reach kota damansara
5.40 am - Haariz tersedar. First word, "ye.. Ampai (sampai)" Second word "ma.. Mana papa?" (oh no!)
5.50 am walked to the crew van. & Haariz start nangis. Dan nangis. Dan Nangis.
5.50 am ~ 6. 15am - dlm van. "maa.. Nak papa.. ", "ma, nak papa" .. Almost half an hour dia nangis nak papa dia. Sampai tertido.
7.30 am - sampai Sekinchan. Kuala Selangor. Crew2 lain pon sampai sama. Tunggu kejap dalam van.
8.00 am~8.30am - Breakfast, di taja khas.. Makan sambil haariz balik batu dalam salur air sawah padi. & seronok tgk tractor dan jentera2 besar kat sawah padi tu..
9.30 am - driver van ajak kitorang round pekan sekinchan tu, sementara they get few things for the shooting.. (beli ice, beli payung, beli barang makan, beli la apa2 nak beli)
10.00am - back at the location doing nothing. Tunggu diorang pasang la whateva equipments. Sampai dekat kul 11am.
11.00am - diorang panggil Haariz suruh get ready. Masa tu.. Ya Allah.. Terik nye laaa kat tepi sawah bendang tu! .. Kesian anak mama. Berpanas.
11.30am - diorang nak start shoot. First 'testing' okay lagi. Once diorang cakap je "action!" .. Masa tu laaa Haariz mula nangis. (sorry takde gambar, sbb sebok nak melayan Haariz).. Second time "action!" pon sama jugak.. Sampai rasanye dekat 10 kali.. Makin teruk dia nangis.. Sampai meronta2 .. & model tu kena tukar seluar .. Sbb sandal haariz yg penuh pasir bendang tu kena sluar dia.. Mau dekat sejam.. Crew2 tu duk bersabar ngan Haariz. ..then .. Diorang kata bagi la Haariz rehat dulu.. Stop je shooting tu, dia terus berenti nangis.. Well.. Nampak nye .. Dia takut kot ngan camera2 besar, payung2 besar.. & orang2 yg punya la ramai tengok dia at the same time. Pressure kot.
Sementara Haariz duk rehat tu, diorang continue the shooting for "abang" Haariz for the iklan. Everything went well. Though every scene tu punya la banyak kali diorang buat. Ada la 2-3 scene. But each scene ada 2-3 angle. Bayangkan betapa la lamanye.. Iklan tu kluar 20second je nanti rasanye..
Masa duk tunggu tu, mmg dah rasa dah.. "ntah2 diorang cut terus part Haariz" .. But no one came to tell me. Rasanye diorang tak sure lagi kot. By the way, the client were there as well. Taking part in the ad. I guess they were the one who decide what to do & what not.. Agaknye .. Diorang dah puas hati with the shoot yg guna Cuma sorang je budak.. Instead of two.. Then baru diorang kata cancel part Haariz. That’s my own assumption je la.
Anyway, the director (I think, he's the director) cakap, try next time, maybe haariz is too young to understand. (I agree on that). Maybe kalau iklan indoors, yg tak too tense.. Okay kot. Ni dengan panas nye, & crew yg terlalu ramai.. & penat.. Ntah la.. Banyak la factor2 nye..
At almost;
1.30pm - habis dah shooting semua..then baru la crew2 tu cakap.. Haariz nye part, tak jadi buat..Well .. Takpe la. Tak sanggup tengok Haariz nangis lagi dah. Then we had lunch. Jugak di sponsor.
2.00 pm - kitoran semua tunggu dlm van je.. Nak balik .. Masing2 dah lembik. Sambil2 tu borak ngan mak budak laki sorang lagi tu.. & her friend & the 'mummy' model. Diorang pon tak puas hati part Haariz kena cancel.. Tapi apa nak buat ..kitorang cakap banyak mana pon, kalau client dah kata cukup. Cukup la kan.?
Dah dekat kul;
3.00pm - kitorang balik ke KL.
4.30pm - Sampai Kota Damansara. Terus masuk keta. Haariz jaga dari tido. & bawak dia pegi Drive thru McD..belanja dia Happy meal.
5.10pm - Selamat sampai rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
baca pun penat.. ni kan plak budak sebesar haariz yang kena lalui... nway... ni shooting iklan apa...
ni shooting untuk iklan Commerce Assurance..
alahaiii siyan kt Haariz... nxt time mesti Haariz ok kot... huhu sama la ngn danial, susah nk get along kalo ngn strangers nih...
p/s: Sungkai kt Taman apa? dulu family dk Sungkai gak, ayah keja kt sana... serunuk balik kg time tuh... hahah sbb x smpai 2 jam fr KL dah smpai kampung!
poor haariz .. but maybe it's just the surrounding kottt
tety, taman syarikat melayu.. ntah2 ayah you kenal kot arwah FIL i.. rumah tepi jalan je..
cp, memang pon .. panas & raaamai betul orang.. maybe dia panic kot..
Nevermind, try again next time, maybe next year (just a few days to the new year 2007...)Maybe wait til he is more prepared. Anyway congrats to u coz berani nak expose haariz.
Post a Comment